Agama, Masyarakat & Lembaga Agama
Pengertian Agama.
Agama pada lazimnya bermakna kepercayaan kepada Tuhan, atau sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti seperti Dewa, dan juga amalan dan institusi yang berkait dengan kepercayaan tersebut. Agama dan kepercayaan merupakan dua pekara yang sangat berkaitan. Tetapi Agama mempunyai makna yang lebih luas, yakni merujuk kepada satu sistem kepercayaan yang kohensif, dan kepercayaan ini adalah mengenai aspek ketuhanan.
Kepercayaan yang hanya melibatkan seorang individu lazimnya tidak dianggap sebagai sebuah agama. Sebaliknya, agama haruslah melibatkan sebuah komuniti manusia. Daripada itu, Agama adalah fenomena masyarakat boleh dikesan melalui fenomena seperti yang berikut:
- Perlakuan
seperti sembahyang, membuat sajian, perayaan dan upacara. - Sikap
seperti sikap hormat, kasih ataupun takut kepada kuasa luar biasa dan anggapan suci dan bersih terhadap agama. - Pernyataan
seperti jambi,mantera dan kalimat suci. - Benda-benda material
yang zahir seperti bangunan.Contohnya masjid, gereja, azimat dan tangkal.
Salah satu lagi ciri agama ialah ia berkaitan dengan tata susila masyarakat. Ini bermakna agama bukan saja merupakan soal perhubungan antara manusia dengan tuhan, malah merupakan soal hubungan manusia dengan manusia. Ciri-ciri ini lebih menonjol di dalam agama universal, daripada agama folk. Sedangkan manusia yang tidak tidak mempercayai adanya tuhan dan menolak semua kepercayaan beragama pula dipanggil ateisme.
Jenis-jenis Agama.
A. Dari segi penyebaran, agama dapat dibedakan menjadi:
- Agama Universal
merupakan agama-agama yang "besar" dan mempunyai minat untuk menyebarkan ajaran untuk keseluruhan umat Manusia. Sasaran agama jenis ini adalah kesemua manusia tanpa membeda-bedakan kaum dan bangsa. Contohnya: Agama Islam, Kristian dan Buddha.
- Agama Folk
merupakan agama yang kecil dan tidak mempunyai sifat dakwah seperti agama universal. Amalannya hanya terhad kepada etnik tertentu. Contohnya: Agama Rakyat China/Taoismedan agama Sikh
B. Dari segi sumber rujukan
Semua agama menganggap ajarannya kudus. Kekudusan itu berpunca daripada satu sumber yang kudus juga. Dari segi sumber, agama-agama di dunia boleh dibahagi kepada dua jenis:
- Agama Bersumberkan wahyu.
Merujukkan agama yang menuntut dirinya sebagai agama yang diturunkan daripada Tuhan sendiri. Penurunan ini biasanya melalui seorang Rasul. Daripada itu, agama yang berkenaan menganggap ajarannya adalah kebenaran yang muktamad. Contohnya: agama Yahudi, Kristian, Islam.
- Agama Budaya.
merujuk kepada agama yang tidak menuntut kepada sumber wahyu. Agama ini mengabsahkan dirinya dengan merujuk kepada pelbagai sumber seperti pembuktian, tradisi, falsafah dan sebagainya. Contohnya: agama Buddha, Hindu.
C. Dari segi tanggapan ketuhanan.
Agama-agama yang berbeda mempunyai pandangan yang berbeda mengenai Tuhan. Perbedaan ini mungkin dari segi nama Tuhan dan sifat Tuhan. Secara umumnya, agama menurut penjenisan ini dapat dibahagi kepada 2 jenis.
- Agama Monoteisme
merupakan agama yang menganggap Tuhan hanya satu, yakni mendukung konsep kewahidan Tuhan. Contohnya, agama Islam.
- Agama Politeisme
merupakan agama yang menganggap bahawa Tuhan wujud secara berbilangan, yakni ada banyak Tuhan atau Tuhan boleh berpecah kepada banyak bentuk. Contohnya, agama Hindu, Agama Rakyat China.
Fungsi Agama Kepada Manusia
Dari segi pragmatisme, seseorang itu menganut sesuatu agama adalah disebabkan oleh fungsinya. Bagi kebanyakan orang, agama itu berfungsi untuk menjaga kebahagiaan hidup di dunia dan untuk menuju tempat yang disebut Surga. Tetapi dari segi sains sosial, fungsi agama mempunyai dimensi yang lain seperti apa yang dihuraikan di bawah:
- Memberi pandangan dunia kepada satu-satu budaya manusia.
Agama dikatankan memberi pandangan dunia kepada manusia kerana ia sentiasanya memberi penerangan mengenai dunia(sebagai satu keseluruhan), dan juga kedudukan manusia di dalam dunia. Penerangan bagi pekara ini sebenarnya sukar dicapai melalui inderia manusia, melainkan sedikit penerangan daripada falsafah. Contohnya, agama Islam menerangkan kepada umatnya bahawa dunia adalah ciptaan Allah(s.w.t) dan setiap manusia harus menaati Allah(s.w.t).
- Menjawab pelbagai soalan yang tidak mampu dijawab oleh manusia.
Sesetangah soalan yang sentiasa ditanya oleh manusia merupakan soalan yang tidak terjawab oleh akal manusia sendiri. Contohnya soalan kehidupan selepas mati, matlamat hidup, soal nasib dan sebagainya. Bagi kebanyakan manusia, soalan-soalan ini adalah menarik dan untuk menjawabnya adalah perlu. Maka, agama itulah berfungsi untuk menjawab soalan-soalan ini.
- Memberi rasa kekitaan kepada sesuatu kelompok manusia.
Agama merupakan satu faktor dalam pembentukkan kelompok manusia. Ini adalah kerana sistem agama menimbulkan keseragaman bukan sahaja kepercayaan yang sama, malah tingkah laku, pandangan dunia dan nilai yang sama.
- Memainkan fungsi kawalan sosial.
Kebanyakan agama di dunia adalah menyaran kepada kebaikan. Dalam ajaran agama sendiri sebenarnya telah menggariskan kod etika yang wajib dilakukan oleh penganutnya. Maka ini dikatakan agama memainkan fungsi kawalan sosial.
Agama-agama yang Terdapat di Indonesia.
1. Agama Kristian
merupakan agama terbesar di dunia, kira-kiranya 2.1 Milyar penganut, atau sepertiga jumlah penduduk dunia.
Agama Kristian adalah sebuah agama monotheis yang berdasarkan kehidupan dan ajaran-ajaran Yesus dari Nazaret sebagaimana ditunjukkan dalam karya-karya para pengikutnya dalam Perjanjian Baru. Agama Kristian berkongsi semua kitab-kitab dalam Alkitab Ibrani dengan agama Yahudi, dan kerana sebab ini, ia juga digelar sebuah agama usulan Abraham. Penganut Kristian atau Nasrani, mengikuti ajaran Yesus Kristus (Yehoshua יהושע dalam bahasa Ibrani). Yesus dikenali juga dengan panggilan 'Al-Masih'.
Pelbagai tradisi agamawi, kepercayaan, dan cara sembahyang yang memegang pada adat resam yang tertentu wujud dalam Kristianiti. Agama Kristian selalunya dipaparkan sebagai tiga aliran yang terutama yang telah dibentuk selama dua ribu tahun dahulu:
A. Gereja Katolik Roma merupakan mazhab Kristian yang terbesar di dunia, terdiri daripada mereka yang mengakui kuasa uskup Roma (yaitu Paus), dalam perkara yang berkaitan dengan ajaran Kristian. Gereja Roma Katolik menganggap mereka sebagai pewaris yang sah kepada kekuasaan yang diturunkan oleh Jesus Christ kepada 12 orang pengikut HawariNya (Apostles). Gereja ini mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam pembangunan kebudayaan masyarakat Eropa dalam pengenalan nilai-nilai kehidupan barat kepada tamadun lain terutama ketika era penjajahan. Pada akhir 1990-an, jumlah penganut mazhab ini mencecah jumlah 1 Milyar (lebih kurang 52% penganut Kristian atau 16% penduduk dunia). Kebanyakan penganut mazhab Katolik tertumpu di benua Eropa dan Amerika Latin, walaupun pengaruhnya semakin bertambah di bahagian dunia yang lain seperti Afrika.
Maksud perkataan Katolik memiliki dua erti eklesiastikal, dijelaskan dalam Kamus Webster sebagai: a) Seluruh gereja Kristian ortodoks; b) doktrin atau keyakinan kepada Gereja Roman Katolik,
Istilah ini berasal dari kata sifat Bahasa Yunani (Bahasa Greek) καθολικος (katholikos), yang bermaksud "umum" atau "universal" atau "keseluruhan".
Katolik Barat Tradisional mempunyai tujuh sakramen. Dalam tradisi Katolik Timur jumlah sakramen ini tidak tetap. Namun sakramen yang diakui oleh Gereja Roman Katolik adalah seperti berikut:
Dalam ajaran Katolik, sakramen adalah rahmat dari Christ.B. Kristian Protestan (Pelbagai mazhab dan aliran fikiran, seperti Anglikanisme, Reformasi, Luteran, Methodis, Injili, and Pentekostalisme)
Penganut Kristian menganggap bahawa Yesus adalah anak Yahwe. Beliau dikatakan membentuk sebahagian daripada Tritunggal (sang hyang Tri Tunggal di Indonesia atau Tri Tunggal Mahasuci di Singapura). 'Tritunggal' bermaksud persatuan Yahwe Tuhan Bapa, Tuhan Anak (Yesus) dan Roh Kudus yang membentuk satu Tuhan. Penganut Kristian juga percaya bahawa Yesus wujud bersama Yahwe sebelum terciptanya dunia, dilahirkan di dunia menerusi Bunda Maria (yang merupakan seorang perawan), dibangkitkan dari kubur setelah wafat selama tiga hari dan kini berada di "tangan kanan" Yahwe Tuhan di syurga.
Protestan merupakan satu cabang Kristian yang tidak berpuas hati dengan Gereja Roman Katolik yang semakin cenderung kepada keduniaan. Pada awal tahun 2000 dianggarkan terdapat lebih 100 juta penganut Protestan di dunia. Nama agama ini berasal dari perkataan Inggeris "Protest" yang bermaksud membangkang. Ia merujuk kepada sekumpulan Putera dan Bandar Imperial yang memprotes "Diet of Speyer" 1529 untuk menarikbalik keputusannya pada 1526 dan menguatkuasakan kembali "Edict of Worms" 1521.
Keputusan utama dalam Diet pada 1526 ini ialah selagi Majlis Awam atau General Council belum berjumpa dan menyelesaikan isu-isu teologi yang dibangkitkan oleh Martin Luther, "Edict of Worms" tidak boleh dikuatkuasakan dan setiap Putera boleh membuat keputusan sama ada membenarkan atau tidak ajaran dan pemujaan cara Lutheran di wilayah mereka masing-masing berdasarkan prinsip Cuius regio, eius religio atau "Siapa yang memerintah, itulah agamanya". Namun atas desakan gereja Roman Katolik, keputusan ini telah ditarik balik.
Pencetus reformasi ini ialah Martin Luther, seorang paderi Augustinia dan profesor di Universiti Wittenberg, yang menyeru pembukaan debat berkenaan penjualan "indulgences" dimana taubat seorang itu diterima sekiranya dia melakukan sesuatu untuk menebus dosanya. Penjualan ini digunakan secara berleluasa sewaktu Perang Salib untuk menggalak rakyat Kristian menentang tentera Islam.
John Calvin merupakan penyokong kuat fahaman Lutheran dan merupakan tonggak utama dalam mempengaruhi beberapa kumpulan di Switzerland, Scotland, Hungary, Jerman dan beberapa tempat lain. Pemisahan Gereja England dari Rom di bawah pemerintahan Raja Henry VIII, bermula 1529 hingga 1536, menandakan kemasukan England ke dalam gerakan reformasi ini.
Walaupun penganut Protestan percaya kepada Yesus Kristus sebagai anak Yahwe, mereka dan juga penganut Kristian Ortodoks tidak mengiktiraf kuasa biskop Roma (yaitu Paus), dalam perkara yang berkait dengan ajaran agama Kristian.
2. Agama Islam.
Islam (Bahasa Arab: الإسلام; al-'islām bantuanmaklumat ; disebut: [ɪs.ˈlaːm]) (aslama = أسلم, yuslimu = يسلم, islaman = اسلاما) ialah agama samawi yang terkandung dalam al-Quran, yang dianggap penganutnya sebagai kalam Allah (Arab: الله, Allāh), kata demi kata, serta ajaran dan contoh normatif nabi terakhir Nabi Muhammad s.a.w., seorang tokoh politik dan keagamaan Arab abad ke-7. Perkataan Islam bermaksud "penyerahan", atau penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah. Seorang penganut Islam dikenali sebagai Muslim, bermaksud "seorang yang tunduk [kepada Allah]"
Muslim percaya bahawa Allah itu Esa dan tujuan hidup ialah untuk menyembah Tuhan Muslim juga percaya bahawa Islam merupakan versi lengkap dan sejagat kepercayaan monoteistik ajaran Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s., dan lain-lain nabi. Nabi Muhammad s.a.w. bukanlah pengasas agama baru, sebaliknya menjadi pemulih keimanan monoteistik ajaran nabi-nabi terdahulu. Tradisi Islam menegaskan bahawa agama Yahudi dan Kristian memutarbalikkan wahyu yang Allah berikan kepada nabi-nabi ini dengan mengubah teks atau memperkenalkan tafsiran palsu, atau kedua-duanya
Amalan keagamaan Islam termasuklah Rukun Islam, yang merupakan lima tanggungjawab yang menyatukan Muslim ke dalam sebuah masyarakat. Selain itu, terdapat syariat Islam (شريعة, syari'ah) yang menyentuh pada hampir semua aspek kehidupan dan kemasyarakatan. Tradisi ini meliputi segalanya dari hal praktik seperti hukum pemakanan dan perbankan kepada jihad dan zakat.
Islam adalah agama paling berpengaruh di Afrika dan Timur Tengah, serta di sebahagian besar Asia. Komuniti besar juga ditemui di China, Semenanjung Balkan di Eropah Timur dan Rusia. Terdapat juga sebahagian besar komuniti pendatang Muslim di bahagian lain dunia, seperti Eropah Barat. Sekitar 20% Muslim tinggal di negara-negara Arab, 25% di Asia Selatan dan 13% di Indonesia, negara Muslim terbesar mengikut populasi. Terdapat sekitar 1.57 Milyar Muslim, atau 23% penduduk dunia, menjadikan Islam agama kedua terbesar di dunia, selepas Kristian, dan boleh dikatakan agama yang berkembang paling pesat di dunia.
3. Agama Buddha.
Agama Buddha ialah agama dan falsafah yang berasaskan ajaran Buddha Śākyamuni (Siddhārtha Gautama) yang mungkin lahir pada kurun ke-5 sebelum masihi. Agama Buddha menyebar ke benua India dalam 5 kurun selepas Baginda meninggal dunia. Dalam dua ribu tahun yang seterusnya, agama Buddha telah menyebar ke tengah, tenggara dan timur Asia. Kini, agama Buddha telah dipaparkan sebagai tiga aliran utama, iaitu Theravāda (Bahasa Sanskrit: Sthaviravāda), Mahāyāna, and Vajrayāna. Agama Buddha terus menarik orang ramai menganutnya di seluruh dunia dan mempunyai lebih kurang 350 juta penganut. Agama Budddha dikenali sebagai salah satu agama yang paling besar di dunia.
Seorang Buddha ialah seorang yang mendapati alam semula jadi yang benar melalui pelajarannya yang bertahun-tahun, penyiasatan dengan pengamalan agama pada masanya dan pertapaan. Penemuannya dikenali sebagai Bodhi atau "Pemahaman". Sesiapa yang bangun dari "Ketiduran Kejahilan" secara langsung yang mengenali alam semula jadi nyata yang sebenar dikenali sebagai Buddha.
Śākyamuni dikatakan sebagai Buddha yang terkini daripada banyak Buddha. Terdapat banyak Buddha akan dilahirkan selepas Śākyamuni dan banyak Buddha dilahirkan sebelum Śākyamuni. Mengikut ajaran Buddha, sesiapa dapat mempelajarinya dan juga memahami alam semula jadi nyata yang sebenar seperti Buddha dengan menurut kata-kata Buddha yang dikenali sebagai "Dharma" dan mempraktikkannya dengan mengamalkan kehidupan yang bermoral dan pemikiran yang bersih. Secara keseluruhan, tujuan seorang menganut agama Buddha adalah untuk menamati segala kesusahan dalam kehidupan. Bagi mencapai matlamat ini, penganut Buddha harus membersihkan dan melatih minda sendiri dengan mengikut "Lapan Jalan Tepat", atau "Jalan Tengah" supaya memahami kenyataan yang sebenar lalu mencapai kebebasan dari segala kesusahan, iaitu nirodha atau nirvāna (Pāli nibbāna).
Gautama Buddha
Menurut semua aliran agama Buddha, Buddha yang terkini ialah Siddhārtha (Sanskrit) atau Siddhattha (Pāli) Gautama (Pāli: Gotama) yang dilahirkan di hutan kecil Lumbinī yang berdekatan dengan pekan Kapilavastu (Pāli: Kapilavatthu), iaitu ibu kota kerajaan Śākyas (Pāli: Sakyas). Lumbinī terletak di selatan Nepal. Kedudukan ini dicatatkan pada tiang Raja Aśoka.
4. Agama Hindu.
Hinduisme (bahasa Sanskrit: Dharma Sanātana (abadi), juga dikenali sebagai Dharma Vaidika (Veda)) ialah satu agama atau falsafah yang berasal dari subbenua India dan kawasan sekeliling yang berhampiran. Agama ini adalah agama tertua yang diketahui di dunia, dan yang tidak mempunyai pengasas, kitab, atau bandar suci yang utama.[1][2]. Kitab pertama agama ini ialah Veda dan dengan berlangsung masa, banyak kitab yang lain juga termuncul.
Istilah Hinduisme merangkumi berbagai-bagai aliran fikiran dan taifah, serta upacara-upacara amal yang amat berbeza. Banyak penganut Hindu yang dipengaruhi oleh falsafah Advaita bersembahyang kepada berbagai-bagai dewa, dan menganggap dewa-dewi ini sebagai penjelmaan-penjelmaan untuk satu Roh Kosmo monistik yang agung (Brahman), sedangkan banyak penganut yang lain menumpukan kepada satu konsep mufrad untuk Brahman (Tuhan), umpamanya Vaishnavisme, Saivisme dan Syaktisme.[3]
Hinduisme ialah agama yang ketiga terbesar di dunia, dengan lebih kurang 900 juta penganut (angka 2005). Kira-kira 890 juta daripada bilangan itu tinggal di India.[4]
Agama Hindu telah terpelihara sejak zaman Veda lagi dengan idea bahawa Tuhan (Brahman) wujud dan boleh dialami secara mendalam dengan mencapai keadaan kesedaran transenden. Mereka percaya dengan kitaran kelahiran, kematian dan kelahiran semula (samsara) di mana sistem ini bergantung dengan amalan-amalan (karma) seseorang itu yang akan menentukan kehidupan seterusnya di alam yang lain. Yoga (penyatuan) ialah amalan rohaniah untuk mencapai penyatuan antara Atman (iaitu, roh dirih) dengan Brahman (Roh Agung atau Tuhan).
Brahman, Satu Realiti yang Menyeluruh, menjadi Isvara (Tuhan) melalui tiga sifatnya iaitu
Ini mewakili Triniti Hindu atau Trimurti. Ini pula boleh ditambah dengan pemujaan kuasa feminin alam semesta, iaitu Shakti yang juga dipanggil Devi. Orang Hindu mempunyai tiga kepercayaan utama:
- Shaivisme: Pemujaan Shiva, dewa paling hebat, iaitu Pemusnah dan Pencipta Semula. Shiva juga dikenali sebagai Mahadev atau Maha Dewa. Kuasa ciptaannya dirayakan dengan penyembahan lingam, satu objek pujaan berbentuk huruf r yang lazim terdapat di kuil-kuil dan juga rumah-rumah orang beragama Hindu.
- Vaishnavisme: Pemujaan dewa Vishnu merupaka amalan paling popular di kalangan orang Hindu sebab Dewa ini sering mengambil bentuk manusia dari masa kesemasa untuk membantu manusia. Dewa ini telah melalui sembilan kehidupan semula (avataras) dan ia diramalkan akan kembali hidup semula dalam bentuk lain. Daripada sembilan kelahiran ini, dua kelahiran yang paling utama adalah ketika Dewa ini mengambil bentuk manusia sebagai Rama dan Krishna.
- Shaktisme: Pemujaan tenaga aktif wanita yang termasuk kuasa pemusnah Kali dan yang lebih lembut, iaitu Dewa Parvati dan Uma.
Kelembagaan Agama
Pelembagaan agama adalah Pelembagaan agama adalah suatu tempat atau lembaga untuk membimbing, membina dan mengayomi suatu kaum yang menganut agama. Lembaga itu berfungsi untuk mempelajari apa dan mengapa agama ada, unsur-unsur dan bentuknya serta fungsi struktur agama. Dimensi ini mengidentifikasikan pengaruh-pengaruh kepercayaan di dalam kehidupan sehari-hari.
Tiga tipe kaitan agama dengan masyarakat:a. masyarakat dan nilai-nilai sacral
b. masyarakat-masyarakat praindustri yang sedang berkembang
c. masyarakat-masyarakat industri sekuler
Pada umumnya lembaga keagamaan di Indonesia berfungsi sebagai:
- Tempat untuk membahas & menyelesaikan segala masalah yang menyangkut keagamaan.
- Memelihara & meningkatkan kualitas kehidupan beragama ang bersangkutan.
- Memelihara & meningkatkan kerukunan hidup antar umat beragama di Indonesia.
- Mewakili umat dalam berdialog & meningkatkan sikap saling menghormati serta kerja sama antar umat bragama di Indonesia.
- Menylurkan aspirasi umat kepada pemerintah & menyebarluaskan kebijakan pemerintah kepada umat.
- Wahana silahturahmi yang dapat menumbuhkan rasa persaudaraan juga kekeluargaan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar